Monday, April 20, 2009

LOGO KRK DAN PENGENALAN


PENGENALAN
Seiring dengan arus pembangunan dan perkembanga sistem
pendidikan globalke arah melahirkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang, maka warga SMK Telok Kerangberuasaha memperkembangkan potensi diri pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) dalam semua aspek JERIS dari segi kurikulum dan kokurikulum. Sehubungan itu, program dan aktiviti yang dirancang diharap dapat membantu pihak sekolah untuk mencapai visi dan misi iaitu melahirkan pelajar yang berkualiti dan seterusnya membantu meningkatkan imej sekolah.

VISI DAN MISI KRK TAHUN 2009


VISI KRK
Kelas Rancangan Khas (KRK) berhasrat menyediakan standart pembelajaran yang tinggi demi melahirkan murid yang berketrampilan dan cemerlang.

MISI KRK
KRK berusaha untuk membentuk murid supaya menyerlahkan potensi sebenar dari segi komitmen dan kualiti agar boleh bersaing dengan dunia global, dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif berteraskan penambahbaikan yang berterusan.

LOGO SMKTK, PONTIAN


VISI SMKTK

Sekolah Unggul Penjana
Generasi Terbilang

MISI SMKTK

Membangunkan Potensi
Individu Melalui
Pendidikan Berkualiti

MATLAMAT KRK TAHUN 2009

MEMPERKASAKAN MURID KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)

Pendidkan yang menyeluruh dan bersepadu di SMK Telok Kerang
diharap dapat melahirkan murid-murid Kelas Rancangan Khas ( KRK )
yang berkembang dari segi kognitif dan intelek, jasmani , emosi ,
rohani dan sahsiah. Di samping mewujudkan generasi yang positif terhadap
masyarakat, agama, bangsa dan Negara serta memiliki jati diri yang mantap.

OBJEKTIF KRK

1. Peratus kelulusan 100 % tahun 2009

2. 30 % murid mendapat ‘ perfect score ’dan tiada yang mendapat bawah 5A.

3. Pencapaian GPS 1.8

4. Murid-murid KRK berketrampilan , bermotivasi tinggi dan berdaya saing secara holistik.

5. Murid – murid KRK mampu menghadapi cabaran globalisasi.

6. Murid-murid KRK memiliki perasaan bangga dan cinta akan sekolah , warga pendidik , ibu bapa dan Negara.

OBJEKTIF SMKTK

  1. Pelajar mengamalkan budaya belajar , budaya saing dan budaya maju untuk kecemerlangan bidang kurikulum dan kokurikulum.
  2. Pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM dan menjuarai setiap pertandingan yang disertai.
  3. pelajar berupaya mematuhi peraturan dan mempamerkan budi pekerti yang tinggi.
  4. Pelajar sentiasa ceria dan selesa melalui persekitaran yang kondusif.
  5. Pelajar memperolehi input yang optimum daripada guru dan staf yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas.
  6. Pelajar menerima perkhidmatan yang cekap, telus dan berkesan melalui pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti.
  7. Wujudnya hubungan intim antara warga sekolah dengan komuniti luar yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar.

PENTADBIRAN KRK SMKTK TAHUN 2009



EN. AHMAD HAIRI BIN PAIMIN
(Pengetua SMKTK)



TN. HJ. HARSAT BIN ABD. RAHMAN
(GPK 1 SMKTK)




PN. HJH. ARBAENAH BINTI MA'SUD
(GPK HEM SMKTK)


EN. LEE SIN LIAN
(GPK KOKO SMKTK)


PN. NORLIA BINTI SABRI
(Penyelaras KRK SMKTK)


PN. NOR ZEHAN BINTI ALI
(Setiausaha Penyelaras KRK)

PELAN STRATEGIK TAHUN 2009

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
(PIPP)
MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN

STRATEGI 1 PIPP

MENINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK MURID-MURID KRK
  1. Aktiviti: Pembelajaran berkumpulan (study group)
    Objektif: Meningkatkan kemahiran pelajar dalam aktiviti berkumpulan dan memastikan pelajar memberikan tumpuan bukan hanya mata pelajaran tertentu.
    Jangka Masa: Sepanjang masa P&P

  2. Aktiviti: Pupuk Headcount
    Objektif: Menerangkan mengenai headcount dan memastikan pelajar mencapai target yang ditetapkan.
    Jangka Masa: 1 hari

  3. Aktiviti: Motivasi Kecemerlangan Pelajar.
    Objektif: Membina keyakinan diri pelajar supaya cemerlang dan yakin dengan matlamat diri pelajar.
    Jangka Masa: 1 hari

  4. Aktiviti: Program Bijak Pelajar
    Objektif:
    Pelajar dapat menguasai teknik-teknik pembelajaran dengan berkesan dan menggunakan teknik pembelajaran dalam kelas.
    Jangka Masa:1 hari

5. Aktiviti: Muzakarah Ibu Bapa
Objektif: Membincangkan mengenai prestasi ibu bapa dan penjelasan mengenai headcount anak-anak kepada ibu bapa.
Jangka Masa: 1 hari

6. Aktiviti: Jejak Cemerlang
Objektif: Meningkatkan semangat dalam diri pelajar KRK supaya lebih cemerlang dalam semua bidang.
Jangka Masa: Sepanjang Mac hingga November

7. Aktiviti: Mari Bercerita
Objektif: Melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri untuk lebih berani dan melahirkan pelajar yang bersifat kepimpinan.
Jawatan Masa: 1 hari

8. Aktiviti: Lawatan Sambil Belajar
Objektif: Menambahkan pengalaman murid dengan melawat sekolah KRK yang cemerlang disekitar Johor.
Jangka Masa: 1 hari

9. Aktiviti: Perjumpaan Bersama Pengetua SMKTK
Objektif: Membincangkan mengenai prestasi pelajar KRK dan mengenai headcount anak-anak.
Jangka Masa: 1 hari

10. Aktiviti: Aku Janji
Objektif: Supaya pelajar KRK mengekalkan prestasi dalam pelbagai bidang atau aktivii yang diceburi.
Jangka Masa: 1 hari

STRATEGI 2 PIPP

MENINGKATKAN PROFESIONALISME GURU-GURU KRK
  1. Aktiviti: Post Mortem Headcount
    objektif: Memastikan supaya guru-guru KRK memahami strategi headcount untuk kecemerlangan pelajar.
    Jangka Masa: 1 hari

  2. Aktiviti: Pencerapan / Pemantauan P&P:
    Objektif: Memantapkan proses P&P guru-guru yang mengajar kelas KRK.
    Jangkan Masa: Sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun.

  3. Aktiviti: Konvension Guru-guru KRK
    Objektif: Membantu meningkatkan prestasi guru-guru KRK untuk membangunkan golongan pelajar cemerlang dan memantapkan keyakinan guru-guru KRK.
    Jangka Masa: 1 hari.

Followers